Apple Store bakal buka kedai pertama di The Exchange TRX 22 Jun ini

Facebook
WhatsApp
TERDAPAT lebih daripada 500 kedai Apple Store di seluruh dunia. Kedai Apple Store di The Exchange akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand.

KUALA LUMPUR: Kedai pertama Apple Store di Malaysia bakal dibuka di The Exchange, TRX Kuala Lumpur, 22 Jun ini, 10.00 pagi.

“Kami sedang bersiap sedia untuk membuka kedai Apple Store pertama kami di Malaysia.

“Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan anda. Jom!” demikian ajakan Apple di laman sesawang rasmi dan media sosial mereka kepada pengguna dan peminat di Malaysia untuk mengunjungi kedai tersebut yang terletak di lot L1.40 di gedung beli belah tersebut. 

Logo Apple dalam iklan adalah mengikut reka bentuk kedai di The Exchange.

Ketika ini terdapat lebih daripada 500 kedai Apple Store di seluruh dunia. Kedai Apple Store di The Exchange akan menjadi yang keenam di Asia Tenggara dengan tiga lagi di Singapura dan dua di Thailand.

Machines Sdn Bhd adalah pengedar Apple Premium Reseller terbesar di Malaysia dengan 20 kedai dan syarikat itu juga merupakan pembekal perkhidmatan sah Apple. -Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan