Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Apple rancang bina kilang AS$1 bilion di Indonesia
  • BISNES

Apple rancang bina kilang AS$1 bilion di Indonesia

Utusan Sarawak 6 months ago

Foto AFP

SURABAYA: Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita berharap Apple akan merealisasikan rancangan pelaburannya sebanyak AS$1 bilion di Indonesia dengan membina sebuah kilang, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).

“Insya-Allah mereka (Apple) akan mengambil skim pertama iaitu pelaburan dalam kemudahan pengeluaran,” kata Agus di luar acara Pesta Perindustrian 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Perindustrian telah berkomunikasi secara intensif dengan Kementerian Pelaburan dan Industri Hiliran untuk menyediakan skim terbaik bagi menyokong pelan pelaburan firma teknologi Amerika Syarikat (AS) itu.

Skim dan teknik, serta kawasan perindustrian yang akan ditawarkan kepada Apple masih perlu ditentukan, katanya.

“Kemudian, kami akan membantu sedemikian rupa agar pelaburan Apple dapat berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dipersetujui, supaya Apple dapat berkembang dengan baik di Indonesia dengan menyediakan kemudahan pengeluaran atau kilang,” tambah menteri itu.

Beliau menegaskan bahawa keputusan Apple untuk melabur AS$1 bilion di Indonesia mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengutamakan prinsip keadilan dalam menjalankan perniagaan.

Kerajaan menolak cadangan pelaburan Apple bernilai AS$100 juta kerana ia dianggap tidak setanding dengan unit produk yang dijual di Indonesia, yang jumlahnya mencecah 2.5 juta pada 2023.

Pelaburan yang dicadangkan itu juga rendah berbanding pelaburan Apple di Vietnam, yang berjumlah sekitar 140 trilion rupiah walaupun pasaran produk Apple di negara itu hanya sebanyak 1.5 juta unit.

Di samping itu, kerajaan melihat bahawa pengeluar telefon bimbit, komputer pegang tangan dan tablet lain telah membuat pelaburan lebih besar, malah membina kilang di Indonesia, contohnya, Samsung, yang melabur lapan trilion rupiah, dan Xiaomi, yang menyuntik lima trilion rupiah.

“Kami juga melihat berapa banyak sumbangan kepada penyerapan tenaga kerja (yang dibuat) oleh setiap pengeluar,” kata Agus.

Justeru, beliau berkata rancangan Apple untuk melabur AS$1 bilion di Indonesia juga bertujuan menyelamatkan bahagian pasarannya yang besar di negara itu.

“Jika tidak melabur, mereka akan rugi kerana permit pengedaran tidak akan datang daripada kita. Mereka akan kehilangan pasaran di Indonesia,” tambahnya. – BERNAMA-ANTARA

Continue Reading

Previous: Belian saat-saat akhir pacu Bursa Malaysia akhiri dagangan dalam zon positif
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit ketika Wall Street lemah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.