Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Limbang bertindak pantas hantar lelaki sesak nafas ke hospital
  • Utara
  • WILAYAH

APM Limbang bertindak pantas hantar lelaki sesak nafas ke hospital

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HANTAR KE HOSPITAL… Anggota APM Limbang menghantar mangsa ke Hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan.

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang bertindak pantas menghantar seorang pesakit yang mengalami sesak nafas ke hospital untuk mendapatkan rawatan, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Bonnie Madisun, berkata sepasukan anggotanya segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.22 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota dimaklumkan oleh pengadu bahawa mangsa, seorang lelaki berusia 48 tahun dari Taman Damai B, mengadu sakit belakang dan mengalami sesak nafas.

“Anggota kami segera menjalankan pemeriksaan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital dan dipastikan menerima rawatan kecemasan sebaik tiba.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Tanjong Batu gesa SEB Bintulu tambah baik perkhidmatan kaunter
Next: Kejadian tanah runtuh belakang bangunan kedai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.