APM Limbang bantu wanita sakit perut, dihantar ke hospital

Facebook
WhatsApp

LIMBANG: Seorang wanita dikejarkan ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang selepas mengalami sakit perut dan tidak dapat berjalan, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Jumaat Akasas, berkata sepasukan anggota yang diketuai Prebet (PA) Sylviana Chua bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.00 pagi.

Menurutnya, lokasi kejadian terletak sekitar enam kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang.

“Sebaik tiba di lokasi, pengadu memaklumkan mangsa berada dalam keadaan terbaring.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami sakit perut dan tidak dapat berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum pasukan berkenaan kembali ke PKOD Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas