Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Betong terima dua panggilan kecemasan pokok tumbang serentak
  • WILAYAH

APM Betong terima dua panggilan kecemasan pokok tumbang serentak

Utusan Sarawak 49 mins ago
KEJADIAN pokok tumbang telah berlaku di dua lokasi berbeza iaitu Stesen Bas Medan Betong dan Kuarters JKR Betong. Foto APM Betong

BETONG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong menerima dua panggilan kecemasan serentak berkaitan insiden pokok tumbang susulan angin kencang dan ribut yang melanda kawasan itu sekitar 4.15 petang tadi.

Menurut kenyataan APM Betong, kejadian berlaku di dua lokasi berbeza iaitu Stesen Bas Medan Betong dan Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong.

Seramai empat anggota digerakkan ke lokasi pertama di Stesen Bas Medan, manakala enam anggota dihantar ke Kuarters JKR untuk memberi respon terhadap insiden tersebut.

Di lokasi pertama, pokok tumbang mengenai kereta. Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan dan pemilik telah mengalihkan kenderaan tersebut sebelum ketibaan pasukan APM. 

KEJADIAN pokok tumbang telah berlaku di dua lokasi berbeza iaitu Stesen Bas Medan Betong dan Kuarters JKR Betong. Foto APM Betong

Tiada kemalangan jiwa berlaku. Anggota APM kemudian memotong dan membersihkan kawasan bagi keselamatan pengguna jalan, mengambil masa tujuh minit untuk menyelesaikan kerja tersebut.

Sementara itu, di Kuarters JKR, pokok tumbang menghempap bahagian belakang sebuah rumah sehingga menyebabkan kerosakan struktur pada bahagian tersebut. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kerja pemotongan dan pembersihan pokok di lokasi kedua mengambil masa kira-kira 45 minit bagi memastikan keselamatan penghuni rumah dan kawasan sekitar.

APM Betong menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada terutama ketika cuaca tidak menentu serta melaporkan segera insiden berisiko bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Saratok perkasa tindakan turunkan jenayah, pastikan terus kekal selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.