MTL: Paras air kekal stabil semasa pemantauan bomba

Facebook
WhatsApp
PANTAU….Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di kawasan Terminal Wharf 1. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tiada peningkatan paras air dikesan semalam ketika pihak bomba menjalankan pemantauan monsun timur laut (MTL) di kawasan berisiko banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan dijalankan pada 8.23 semalam.

“Seramai dua anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan Terminal Wharf 1.

“Hasil rondaan mendapati keadaan di kawasan tersebut adalah stabil dan selamat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, trend air didapati surut dan paras air terkawal.

“Paras air berada pada tahap selamat dan terkawal ketika rondaan dijalankan.

“Sepanjang pemantauan juga, kita tidak menerima sebarang panggilan kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek