APM bantu mangsa terjatuh dari tangga di Lundu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LUNDU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu membantu seorang mangsa yang cedera selepas terjatuh dari tangga dalam satu kejadian di sini, hari ini.

Jurucakap APM Lundu berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lundu menerima panggilan kecemasan daripada Kementerian Kesihatan KKM) yang memohon bantuan ambulans untuk membawa mangsa ke hospital.

ANGGOTA APM membantu mengangkat mangsa yang cedera selepas terjatuh dari tangga dalam kejadian di Lundu, hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, petugas APM segera menjalankan pemeriksaan serta memantau keadaan mangsa.

“Pasukan APM memberikan rawatan awal dengan memasang alat sokongan lower limb pada kaki kanan mangsa bagi menstabilkan kecederaan sebelum dipindahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

PETUGAS APM memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera selepas terjatuh dari tangga sebelum dihantar ke Hospital Lundu untuk menerima rawatan lanjut. Foto APM Lundu Sematan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lundu menggunakan ambulans APM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Perpaduan, belia pemacu kemajuan Sarawak

SERIAN: Semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum dan penglibatan aktif golongan belia perlu terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan Sarawak dapat diteruskan