Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aplikasi ‘Tawakkalna’  main peranan penting mudahkan urusan haji
  • SEMASA

Aplikasi ‘Tawakkalna’  main peranan penting mudahkan urusan haji

Utusan Sarawak 2 days ago

APLIKASI Arab Saudi, ‘Tawakkalna’  memainkan peranan penting dalam menyokong para jemaah sepanjang musim Haji 1446 Hijrah dengan menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan digital canggih di setiap peringkat ibadah.

MINA: Aplikasi Arab Saudi, ‘Tawakkalna’  memainkan peranan penting dalam menyokong para jemaah sepanjang musim Haji 1446 Hijrah dengan menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan digital canggih di setiap peringkat ibadah.

Para jemaah boleh mengakses permit Haji mereka dengan mudah menerusi aplikasi itu, yang disepadukan dengan platform digital bersatu Tasreeh.

Aplikasi terbabit membolehkan pengguna mengakses pelbagai permit yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, termasuk kad permit jemaah, pas masuk ke Makkah, serta permit untuk pekerja, sukarelawan dan kenderaan.

Dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah, ‘Tawakkalna’  juga menyediakan akses kepada kad Nusuk melalui platform Nusuk, sekali gus memudahkan lagi proses pengesahan bagi para jemaah.

Tawakkalna direka untuk menyokong pergerakan harian jemaah, meningkatkan pengalaman mereka secara menyeluruh dengan perkhidmatan bersepadu dan kecekapan yang pantas.

Dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Data dan Kecerdasan Buatan Arab Saudi (SDAIA), aplikasi itu pada asalnya dilancarkan untuk menyokong usaha kerajaan ketika pandemik COVID-19.

Antara ciri terkini yang ditawarkan termasuk ramalan cuaca masa nyata bagi tapak suci, arah kiblat, waktu solat, akses kepada Al-Quran serta pelbagai alat lain untuk memastikan pengalaman Haji yang lancar dan selamat.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play, AppGallery dan Galaxy Store.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi transformasi digital Arab Saudi di bawah Visi 2030 yang mengutamakan teknologi pintar demi meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah Haji dan Umrah.– Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Perbandaran Makkah siapkan rangkaian percahayaan besar-besaran sempena haji
Next: Digitalisasi cukai mudahkan urusan pembayar, tingkat pematuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.