Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aplikasi All Indonesia wajib untuk penumpang antarabangsa mulai 1 September
  • SEMASA

Aplikasi All Indonesia wajib untuk penumpang antarabangsa mulai 1 September

Utusan Sarawak 2 days ago
SEMUA penumpang untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan melengkapkan pengisytiharan ketibaan melalui aplikasi “All Indonesia” bermula 1 September, menurut Pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen.

JAKARTA: Semua penumpang untuk penerbangan antarabangsa diwajibkan melengkapkan pengisytiharan ketibaan melalui aplikasi “All Indonesia” bermula 1 September, menurut Pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen, lapor agensi berita Antara.

Buat masa ini, syarat berkenaan terpakai kepada pengembara yang tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Banten, Lapangan Terbang Juanda di Jawa Timur, Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali, serta Pelabuhan Batam di Kepulauan Riau. 

Ujian pelaksanaan ke semua lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pelabuhan antarabangsa akan menyusul. 

Pemangku Ketua Pengarah Imigresen, Yuldi Yusman berkata aplikasi itu menyelaraskan proses imigresen, kastam, kesihatan dan kuarantin ke dalam satu borang digital. 

Penumpang boleh melengkapkan pengisytiharan itu secara percuma sehingga tiga hari sebelum ketibaan.

“Dengan aplikasi ini, proses ketibaan bukan sahaja lebih singkat dan selamat, tetapi juga lebih mesra pengguna untuk semua penumpang termasuk warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Aplikasi itu turut mengintegrasikan pengisytiharan kastam secara elektronik (e-CD), membolehkan saringan kesihatan bagi penyakit berjangkit serta membenarkan pelaporan haiwan, ikan dan produk bagi menyokong pemantauan kuarantin dan keselamatan makanan.

Yuldi turut menggesa pelawat asing dan rakyat Indonesia yang pulang ke tanah air untuk menggunakan aplikasi berkenaan, yang boleh diakses menerusi laman sesawang allindonesia.imigrasi.go.id atau dimuat turun di Google Play Store dan App Store.

“Aplikasi ini bukan hanya mengenai kemudahan, tetapi juga soal melindungi negara kita. Setiap data yang diberikan membantu memastikan keselamatan, kesihatan dan integriti sempadan kita,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bantuan SARA RM100 dimanfaatkan sepenuhnya rakyat Malaysia
Next: Betong Thailand destinasi percutian baharu pegunjung Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.