Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Apam balik terlajak nyaman di Pasar Malam Miri
  • STAIL

Apam balik terlajak nyaman di Pasar Malam Miri

Utusan Sarawak 3 years ago

GERAI Apam Balik Pakcik Bujang sentiasa mendapat tumpuan daripada para pengunjung Pasar Malam Miri.

Medan SABERKAS Miri atau lebih dikenali Pasar Malam Miri terletak di Jalan SABERKAS Utama, Miri. Ia merupakan lokasi di mana penduduk bandar raya Miri sering berbelanja untuk membeli makanan kegemaran mereka.

Pasar Malam Miri beroperasi dari petang  Rabu hingga malam Ahad dan waktu operasi bermula lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada  10.00 malam. Terdapat puluhan buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti lauk-pauk, nasi lemak, murtabak, burger dan roti john, kuih-muih, pelbagai jenis mi, ayam dan ikan bakar, ayam goreng pedas, satay, buah-buahan, sayur-sayuran, peralatan hiasan, baju terpakai, majalah terpakai dan sebagainya.

Di antara puluhan buah gerai yang ada di sini, terdapat sebuah gerai yang sering menjadi tumpuan atau sangat popular iaitu Gerai Apam Balik.

Kuih Apam Balik Pakcik Bujang sangat terkenal dalam kalangan para penggemar kuih Apam Balik di bandar raya Miri disebabkan rasanya yang sangat sedap, lembut dan berlemak.

Tidak hairanlah jika setiap kali pergi ke Pasar Malam Miri ini, kita terpaksa beratur panjang hanya untuk membeli sekeping atau dua keping Apam Balik untuk di bawa pulang.

Menurut Pakcik Bujang atau nama penuhnya Bujang Jinah,67,  yang berasal dari Miri, beliau telah berniaga kuih Apam Balik sejak lebih 20 tahun yang lalu di pasar malam ini.

Beliau dibantu oleh isterinya Faridah Manton,  55, dan juga anak-anak mereka.  Beliau menganggap jualan kuih Apam Balik sudah menjadi perniagaan keluarganya.

Hasil dari perniagaan kuih inilah menjadi punca rezeki utama mereka sekeluarga seharian malah ia menjadi sumber rezeki untuk menyekolahkan anaknya hingga ke peringkat university.

Menurut Pakcik Bujang, setiap malam (bermula dari malam Rabu hingga malam Ahad) pada kebiasaannya lebih kurang antara 300 hingga 320 keping kuih apam balik habis dijual.

Dahulunya sebelum harga barangan naik, harga sekeping kuih apam balik ialah RM4 tetapi kini harganya menjadi RM5 sekeping.

Beliau turut menambah, semenjak terjadi pendemik Covid-19 dua tahun yang lalu, jumlah pelanggan dan jualan kuih Apam Balik agak berkurangan jika dibandingkan sebelumnya.

 Walau bagaimanapun, beliau dan keluarga akan meneruskan perniagaan kuih Apam Balik di Pasar Malam Miri ini selagi termampu dan selagi ada permintaan daripada para pelanggan.

Oleh SUHAIMI RAMBLI

Continue Reading

Previous: SMK St Anthony Sarikei cemerlang dalam SPM
Next: Ngiling Tikai St Michael Entingan Samarahan meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.