Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar rafak sembah takzim dan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
  • SEMASA

Anwar rafak sembah takzim dan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Brunei

Utusan Sarawak 6 hours ago
FOTO facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

Perdana Menteri pada hantaran di Facebook beliau, turut mendoakan agar Ke bawah Duli Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah kekal qarar memerintah negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

“Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” kata beliau.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967. — Bernama

Continue Reading

Previous: Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan isteri ke Brunei
Next: Zetrix AI akan mohon semakan kehakiman terhadap teguran Bursa Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.