Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
  • SEMASA

Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini

Utusan Sarawak 6 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan pertemuan dengan Samsung sempena lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan, Seoul, hari ini. Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz. FotoBERNAMA

SEOUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan wakil ‘chaebol’, seorang tokoh terkemuka dari konglomerat Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan mulai 9.00 pagi (waktu Korea Selatan) dengan syarikat-syarikat terkenal, antaranya Kumpulan Samsung, SK Nexilis, Kumpulan POSCO dan Lotte International.

Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan ‘bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi’ daripada Republik Korea.

Chaebol (tokoh korporat) adalah konglomerat milik keluarga, secara tradisinya menikmati hubungan rapat dengan kerajaan Korea Selatan.

Sokongan kerajaan negara tersebut terhadap entiti itu bermula selepas Perang Korea sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina semula ekonomi negara. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Hujan lebat naikkan paras air Sungai Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.