Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
  • NASIONAL

Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun

Utusan Sarawak 4 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba hadir ke Majlis Makan Tengah Hari di Kompleks Seri Perdana, hari ini. Turut sama, isteri kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Yoshiko Ishiba. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan rakan sejawatannya dari Jepun Shigeru Ishiba di Seri Perdana di sini.

Ishiba, isterinya Yoshiko dan delegasi delegasi Jepun yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri pada 11.50 pagi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, Ishiba menerima sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan dengan Perdana Menteri.

 PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba hadir ke Majlis Makan Tengah Hari di Kompleks Seri Perdana, hari ini. Turut sama, isteri kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Yoshiko Ishiba. FotoBERNAMA

Hubungan Malaysia dengan Jepun telah bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.

Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang melibatkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.

Projek-projek ini mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (AS$30.4 bilion) dan telah mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.

Jepun adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (AS$34.41 bilion) pada 2023. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
Next: 61 unit Proton e.MAS 7 disediakan bagi Kepengerusian ASEAN 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.