Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anugerah Podcast Terbaik diperkenalkan pada ASA 2024
  • NASIONAL

Anugerah Podcast Terbaik diperkenalkan pada ASA 2024

Utusan Sarawak 11 months ago
TIMBALAN Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) bersama trofi yang menjadi rebutan semasa hadir pada Majlis Sidang Media Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 di Kementerian Komunikasi, hari ini. Turut sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi Norhadznita Mohammad Ilham (kiri), Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin (dua, kiri), Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abdul Mutalib (dua, kanan) dan Pengarah Kanan (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia Naim Fahmi Ahmad Tajuddin (kanan). FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 akan memperkenalkan satu anugerah baharu di bawah kategori media baharu iaitu Podcast Terbaik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata podcast adalah trend baharu media baharu dan ia seharusnya diberikan pengiktirafan.

“Kita berpendapat podcast sangat popular buat masa ini, ia banyak memberikan kandungan terkini yang bagus. Oleh sebab itu saya rasa ini masa yang sesuai untuk kita memberi pengiktirafan kepada podcaster (pengaudio siar) yang berkualiti tinggi,” beliau berkata kepada sidang media pencalonan ASA 2024 di sini, hari ini.

Podcast adalah program audio digital terdiri daripada siri episod audio yang boleh dimuat turun atau strim melalui Internet.

Teo berkata setakat ini hanya satu anugerah secara keseluruhan untuk podcast terbaik dan mungkin akan ditambah baik pada masa akan datang sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

“Sekiranya kita berjaya mendapat penyertaan yang banyak pada tahun ini, ia mungkin satu aspek yang kita boleh tambah baik lagi pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Teo hari ini mengumumkan pencalonan ASA 2024 akan dibuka selama dua minggu bermula 1 hingga 15 Julai.

Penganjuran edisi ke-36 kali ini menginspirasikan sparkling diamonds dengan tema ‘Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan’.

ASA 2024 mempertandingkan 60 kategori, iaitu 40 kategori televisyen (TV), 16 kategori radio dan empat kategori media baharu.  ASA 2024 turut memperkenalkan satu kategori baharu di bawah media baharu, iaitu Podcast Terbaik.

Dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa juga ditampilkan.

Syarat utama penyertaan ialah semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen dan kali pertama disiarkan di stesen penyiaran dan platform media baharu dalam tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023.

Sepanjang tempoh pencalonan, Kementerian Komunikasi turut menyediakan kemudahan untuk mengakses dan mengemukakan pencalonan melalui sistem ASA 2024 di Makmal Komputer B, Aras 19, Kompleks Kementerian Komunikasi.

Semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta dipelawa untuk merujuk dan mengemukakan pencalonan bagi 60 kategori secara dalam talian melalui laman sesawang www.anugerahseriangkasa.gov.my.

ASA yang dianjurkan sebanyak 35 kali sejak 1972, merupakan inisiatif penting kerajaan melalui Kementerian Komunikasi untuk mengiktiraf dan memartabatkan industri penyiaran tanah air serta penggiat di belakang tabir. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih setengah juta
Next: Kertas siasatan Zayn Rayyan: MCMC diminta bekerjasama dengan PDRM – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.