Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anjung Kasih YKN Hospital Bintulu pertama di Sarawak terima tajaan penuh BPHB
  • SEMASA

Anjung Kasih YKN Hospital Bintulu pertama di Sarawak terima tajaan penuh BPHB

Utusan Sarawak 8 months ago
DATUK Seri Nancy Shukri menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani, dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron.  

BINTULU: Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Hospital Bintulu menjadi yang pertama di Sarawak menerima tajaan penuh daripada sektor korporat, dengan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menaja sepenuhnya kemudahan tersebut. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif itu menunjukkan komitmen BPHB untuk turut serta dalam usaha kebajikan masyarakat, khususnya dalam sektor kesihatan.

“Selalunya, pembinaan Anjung Kasih ini tidak melibatkan bangunan baharu.

“Kita menggunakan bangunan sedia ada seperti bilik jururawat lama yang mungkin sudah usang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Penyerahan Tajaan YKN Malaysia, dan BPBH bagi Penubuhan Anjung Kasih YKN Hospital Bintulu Sarawak sempena Kembara Kasih KPWKM 2024.

Tambah beliau, pihaknya di Sarawak sentiasa melibatkan sektor korporat seperti syarikat milik kerajaan (GLC) Sarawak atau sektor swasta di setiap negeri.

“Jadi ini agak melegakan kita kerana pihak BPHB secara sukarela hendak membantu,” jelasnya.

DATUK Seri Nancy Shukri menyaksikan penyerahan ‘mock cheque’ daripada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Beliau memberitahu, proses tender sedang dijalankan, dan tarikh operasi akan ditetapkan selepas tender diselesaikan.

Anjung Kasih berkenaan akan menyediakan 67 katil serta pelbagai fasiliti lain seperti bilik penginapan, ruang solat, ruang rehat, bilik mandi, tandas, dan ruang makan, yang mana semua kemudahan itu ditaja sepenuhnya oleh BPHB.

Menurut Nancy, kemudahan sedemikian penting bukan sahaja untuk pesakit dari Bintulu, tetapi juga bagi pesakit dari kawasan luar bandar seperti Belaga dan Mukah. 

“Apa yang berlaku di Bintulu ini bukan sahaja melibatkan pesakit di sini, tetapi juga dari kawasan lain, dan mereka terpaksa menunggu di koridor hospital.

“Jadi dengan adanya Anjung Kasih ini nanti, ia akan membantu sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah seperti ini,” ujarnya.

Anjung Kasih Hospital Bintulu merupakan kemudahan keempat seumpamanya di Sarawak, selepas Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, dan Hospital Miri. 

Sejak inisiatif itu dimulakan pada 2006, sebanyak 19 Anjung Kasih dibina di seluruh Negara yang memberi manfaat kepada lebih 104,000 penghuni.

Nancy turut menyeru lebih banyak syarikat swasta untuk bersama-sama kerajaan dalam membantu meningkatkan kebajikan masyarakat melalui projek seumpama ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif YKN Malaysia Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif  BPHB Ruslan Abdul Ghani dan Pengarah Hospital Bintulu Dr Suzalinna Sulaiman.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu – TPM Fadillah
Next: Isu ‘Abang Bas’ ditangani berlandaskan Akta Kanak-kanak 2001 – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.