Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 11
  • GLOBAL

Angka korban Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 11

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR ini menunjukkan bumbung zink diterbangkan angin selepas taufan Bualoi melanda wilayah Nghe An pada 29 September 2025. Vietnam memaklumkan bahawa hampir 30,000 penduduk dipindahkan dari kawasan pesisir pada 28 September, ketika Taufan Bualoi melanda kawasan tengah negara itu yang merupakan pusat pengeluaran keluli. Foto AFP

HANOI: Angka korban akibat Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 11 orang, dengan 13 lagi masih hilang manakala 33 yang lain cedera, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Nhan Dan hari ini.

Taufan itu turut merosakkan beberapa infrastruktur awam, rumah dan kapal nelayan, selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik di utara dan tengah Vietnam, menurut laporan itu.

PEMANDANGAN pantai Cua Lo yang rosak selepas taufan Bualoi melanda wilayah Nghe An pada 29 September 2025. Vietnam memaklumkan hampir 30,000 penduduk dipindahkan dari kawasan pesisir pada 28 September, apabila Taufan Bualoi melanda kawasan tengah negara itu yang terkenal dengan pengeluaran keluli. Foto AFP

Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh hari ini menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa, sambil menggesa pihak berkuasa segera menangani akibat ribut dan banjir yang berlaku.

-BERNAMA-Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kebakaran berhampiran Lapangan Terbang Haneda Tokyo, penerbangan tidak terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.