Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban nahas pesawat di selatan Brazil meningkat kepada empat
  • GLOBAL

Angka korban nahas pesawat di selatan Brazil meningkat kepada empat

Utusan Sarawak 2 hours ago
NAHAS sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah restoran yang ditutup di kawasan perumahan.
Foto Agensi

SAO PAULO: Korban nahas sebuah pesawat ringan di bandar pesisir Capão da Canoa, negeri selatan Brazil, Rio Grande do Sul, semalam meningkat kepada empat orang, menurut pihak berkuasa.

Pihak bomba menyatakan mangsa yang terkorban ialah seorang juruterbang, seorang pembantu juruterbang, dan dua ahli perniagaan.

Nahas berlaku kira-kira jam 10.40 pagi waktu tempatan apabila pesawat yang dalam perjalanan ke Ibitinga, negeri São Paulo, terhempas di sebuah restoran yang ditutup di kawasan perumahan.

Laporan awal yang memetik media tempatan Radio Gaucha menyatakan pesawat enjin tunggal itu terbang pada altitud rendah sebelum mula kehilangan ketinggian dan akhirnya terhempas.

Rakaman kamera keselamatan bandar merakam detik pesawat berkenaan terhempas, diikuti satu letupan.

Beberapa rumah berhampiran mengalami kerosakan, namun tiada kecederaan tambahan dilaporkan.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca nahas tersebut.

Pihak berkuasa penerbangan awam Brazil mengenal pasti pesawat berkenaan sebagai Piper JetPROP DLX. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 2,839 penduduk dipindahkan akibat banjir di Demak, Indonesia
Next: Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar timur Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.