Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban letupan dandang loji jana kuasa di India meningkat kepada 17
  • GLOBAL

Angka korban letupan dandang loji jana kuasa di India meningkat kepada 17

Utusan Sarawak 8 hours ago
ASAP tebal kelihatan di loji jana kuasa Vedanta Limited di Chhattisgarh selepas letupan dandang yang meragut nyawa pekerja. Foto AGENSI

NEW DELHI: Angka korban dalam letupan dandang di sebuah loji jana kuasa di negeri Chhattisgarh, tengah India, meningkat kepada 17, menurut polis pada hari ini, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku semalam di loji jana kuasa Vedanta di kampung Singhitarai, Daerah Sakti, sekitar 228 kilometer ke timur laut Raipur, ibu negeri Chhattisgarh.

“Seramai 19 mangsa masih menerima rawatan di beberapa hospital berbeza,” kata pegawai kanan polis di Sakti, Prafull Thakur.

Menurut Thakur, pasukan keselamatan loji jana kuasa sedang menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan, manakala polis turut mendapatkan bantuan Pasukan Respons Bencana Negeri.

Polis percaya sebuah tiub dalam dandang di Unit 1 meletup, memancutkan “wap lampau panas” ke arah pekerja yang berada di lokasi kejadian serta mencetuskan kebakaran besar di loji jana kuasa itu.

Kerajaan tempatan telah mengarahkan siasatan majistret dijalankan berhubung letupan maut berkenaan.

Vedanta Limited Chhattisgarh Thermal Power Plant turut memulakan siasatan berasingan bagi mengenal pasti punca letupan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Polis Perancis tahan lelaki jual lebih 44,000 surat cuti sakit palsu
Next: EU lancar aplikasi pengesahan umur bagi tingkat keselamatan kanak-kanak dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.