Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada sembilan
  • GLOBAL

Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada sembilan

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR edaran ini diambil dan dikeluarkan pada 14 April 2026 oleh agensi berita Turkiye DHA (Demirören News Agency) menunjukkan seorang pelajar yang cedera sedang dipindahkan ketika pasukan keselamatan unit khas mengepung sekolah di tenggara Turkiye. Foto AFP

ANKARA: Angka korban dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Kahramanmaras, selatan Turkiye semalam meningkat kepada sembilan orang, termasuk lapan pelajar, lapor Xinhua memetik beberapa laporan media yang memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Mustafa Ciftci.

Terdahulu pada hari yang sama, Gabenor Wilayah Kahramanmaras Mukerrem Unluer berkata sekurang-kurangnya empat maut dan 20 lagi cedera dalam kejadian itu, yang berlaku sekitar 1.30 tengah hari waktu tempatan (1030 GMT) di Sekolah Menengah Ayser Calik dalam daerah Onikisubat, yang mana penyerang memasuki dua bilik darjah untuk melakukan serangan berkenaan.

GAMBAR edaran ini yang diambil dan dikeluarkan pada 14 April 2026 oleh agensi berita Turkiye DHA (Demirören News Agency) menunjukkan pasukan keselamatan unit khas mengepung sekolah ketika para pelajar dipindahkan di tenggara Turkiye. Foto AFP

Penyerang, seorang pelajar gred lapan, membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri ketika keadaan huru-hara, menurut laporan terbaharu oleh saluran penyiaran tempatan NTV.

Unluer memberitahu pemberita di lokasi kejadian bahawa penyerang, yang menyasarkan pelajar gred lima, melakukan serangan itu dengan menggunakan lima pucuk pistol dan tujuh kelopak peluru.

Senjata yang digunakan olehnya dipercayai milik bapanya Ugur Mersinli, seorang bekas pegawai polis, yang telah ditahan, menurut beberapa laporan media.

Menteri Kehakiman Turkiye Akin Gurlek mengumumkan siasatan terhadap insiden itu.

KELUARGA mangsa menunggu di hadapan sebuah hospital selepas seorang remaja berusia 13 tahun melepaskan tembakan di sebuah sekolah di Kahramanmaraş pada 15 April 2026. Foto AFP

Sementara itu, Ciftci dan Menteri Pendidikan Kebangsaan Yusuf Tekin dilaporkan telah berlepas ke Kahramanmaras.

Satu perintah larangan penerbitan telah dikeluarkan yang menuntut organisasi media untuk “menghormati kerahsiaan siasatan,” kata Gurlek.

Insiden itu berlaku hanya sehari selepas satu kejadian tembakan di sebuah sekolah di Daerah Siverek di wilayah Sanliurfa, tenggara Turkiye, apabila seorang penyerang yang bersenjatakan senapang patah, memasuki premis sekolah dan mencederakan sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya pelajar, sebelum membunuh diri.

Penyerang tersebut merupakan bekas pelajar di sekolah berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 9 maut akibat cacar monyet di Sindh, Pakistan ketika kes meningkat kepada 25
Next: Lelaki didenda AS$300 ceroboh kandang Moo Deng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.