Angka kematian serangan peluru berpandu India, meningkat 26 orang

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SEORANG askar memeriksa serpihan masjid selepas serangan India di Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, pada 7 Mei 2025. India dan Pakistan berbalas tembakan meriam berat di sepanjang sempadan mereka yang dipertikaikan pada 7 Mei selepas New Delhi melancarkan serangan peluru berpandu maut ke atas musuh ketatnya, dalam keganasan terburuk antara dua nuklear itu. FOTO AFP

ISLAMABAD: Angka kematian dalam serangan peluru berpandu India terhadap Pakistan meningkat kepada 26 orang.

Menurut Jurucakap Tentera, Ahmed Sharif Chaudhry, jumlah itu termasuk dalam insiden tembakan di sepanjang sempadan.

Katanya, serangan turut mengakibatkan loji kuasa hidro di sebelah sempadan Kashmir rosak.

“India turut menyasarkan projek Tenaga Hidro Neelum Jhelum, memusnahkan sebahagian daripada struktur empangan.

“Serangan itu bertentangan dengan norma antarabangsa dan undang-undang perang yang menyasarkan rizab air, empangan dan struktur kuasa hidro negara,” tegasnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif memulakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negara di sini hari ini. – AFP