Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Angin baratan kencang dijangka melanda Sabah, Sarawak dan Semenanjung bermula Rabu ini
  • NASIONAL

Angin baratan kencang dijangka melanda Sabah, Sarawak dan Semenanjung bermula Rabu ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan penumpuan angin baratan kencang yang berpotensi membawa cuaca buruk di beberapa kawasan bermula Rabu ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan fenomena itu dijangka berlaku di utara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 8 hingga 10 Julai 2026.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan utara dan timur Semenanjung Malaysia pada 10 hingga 12 Julai 2026.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, Perairan Phuket serta Selat Melaka Utara.

“Keadaan ini juga berpotensi membentuk garis badai yang membawa cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh yang lebih panjang di kawasan terbabit,” menurut hantaran itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta aplikasi myCuaca. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan rancang perkenal harga minimum pakej umrah untuk lindungi jemaah
Next: Lepasan sekolah, belia paling terdedah kepada penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.