Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Angin Barat FC Gegar Piala Cabaran ANHEX 2025, mara bergaya ke suku akhir
  • SUKAN

Angin Barat FC Gegar Piala Cabaran ANHEX 2025, mara bergaya ke suku akhir

Utusan Sarawak 18 hours ago
KEHADIRAN pasukan jemputan dari Indonesia, Angin Barat FC nyata membawa warna baharu dalam Piala Cabaran ANHEX Edisi Ke-2 2025 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Tanjung Bundong. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Kehadiran pasukan jemputan dari Indonesia, Angin Barat FC nyata membawa warna baharu dalam Piala Cabaran ANHEX Edisi Ke-2 2025 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Tanjung Bundong.

Pasukan berkenaan mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan BNM FC dengan jaringan 5-2 dalam perlawanan pagi tadi, sekali gus melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Dengan kemenangan bergaya itu, Angin Barat FC bukan sahaja membuktikan ketajaman serangan mereka, malah turut menghangatkan lagi saingan kejohanan yang kini memasuki pusingan kalah mati, melibatkan juara dan naib juara setiap kumpulan.

Kumpulan A menyaksikan LPFC muncul juara manakala Muara Tuang FC berada di tempat naib juara.

Sementara itu, Kumpulan B pula didominasi Kembara 2 FC selaku juara dan ZZ United sebagai naib juara.

Di Kumpulan C, Angin Barat FC dari Indonesia membuktikan kehebatan mereka sebagai juara, dengan Tabau Legacy di kedudukan naib juara.

Bagi Kumpulan D, Mix RR United mengungguli carta kumpulan dan MG United melengkapkan senarai lapan pasukan terbaik.

Perlawanan suku akhir format kalah singkir akan bermula seawal 8.00 pagi esok, menyaksikan pertembungan sengit antara LPFC menentang Tabau Legacy pada aksi pertama, diikuti Kembara 2 FC berdepan MG United.

Seterusnya, Angin Barat FC bakal membuat perhitungan dengan Muara Tuang FC, manakala perlawanan suku akhir keempat mempertemukan Mix RR United menentang ZZ United.

Piala Cabaran ANHEX 2025 yang bermula sejak 13 September disertai 17 pasukan dari Kuching, Samarahan, Serian dan Indonesia, dan bakal menutup tirainya pada 16 September dengan perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian Santai Hari Malaysia Satok Edisi 1.0 semarakkan jiwa patriotik komuniti
Next: Terbuka Mesir 2025: Sivasangari mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.