Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anggota bomba pecah dua rekod dunia lari 272 meter selepas dibakar
  • GLOBAL

Anggota bomba pecah dua rekod dunia lari 272 meter selepas dibakar

Utusan Sarawak 2 years ago
Jonathan Vero, memakai sut pelindung dan dibakar di atas trek di Haubourdin bagi memecah rekod larian terbakar seluruh badan jarak jauh tanpa oksigen. Foto Facebook Guinness World Records

WASHINGTON: Seorang anggota bomba Perancis mencatat Rekod Dunia Guinness apabila berjaya berlari sejauh 893 kaki (272 meter) selepas dibakar.

Jonathan Vero, 39, memakai sut pelindung dan dibakar di atas trek di Haubourdin bagi memecah rekod larian terbakar seluruh badan jarak jauh tanpa oksigen, lapor United Press International (UPI).

Vero melengkapkan 328 kaki (100 meter) pertama dalam masa 17 saat, memecahkan rekod kedua untuk larian pecut 100 meter terpantas tanpa oksigen semasa badan terbakar.

Kedua-dua rekod itu sebelum ini dipegang oleh lelaki Britain, Antony Britton, yang berlari sejauh 670 kaki dan menamatkan 100 meter pertama dalam masa 24.58 saat.

Vero bertugas sebagai ahli bomba dan merupakan ahli lagak ngeri profesional.

Anggota bomba itu memberitahu GWR bahawa beliau sukakan api dan akan meneruskan minatnya dengan api. – Bernama-UPI

Continue Reading

Previous: Jeddah tuan rumah SAFF, FIFA 12-22 Disember depan
Next: SpaceX Dragon pulang ke Bumi bersama eksperimen, sampel ISS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.