Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anak syarikat KKDW tidak jana keuntungan akan ditutup – Ahmad Zahid
  • NASIONAL

Anak syarikat KKDW tidak jana keuntungan akan ditutup – Ahmad Zahid

Utusan Sarawak 1 year ago
TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan semasa majlis Amanat Tahun 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang tidak menjana keuntungan akan ditutup atau ditukar kerana kementerian tidak mahu menanggung ‘biawak hidup’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau telah mengarahkan semua pengerusi agensi di bawah KKDW untuk memantau prestasi entiti masing-masing. 

“Sila tukar syarikat yang tidak mempunyai keuntungan dan elok cari jalan untuk sumbang keuntungan itu kepada agensi atau badan induk KKDW. Jika tidak, arahan saya – tutup.

Ini sangat penting supaya kita tidak tanggung biawak hidup dalam organisasi kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2024 KKDW di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa anak syarikat di bawah KKDW telah ditutup tahun lepas kerana tidak menjana keuntungan dan senarainya akan diumumkan di Parlimen nanti.

“Telah ada yang ditutup, kami juga tawar ‘management buy out’ kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. Kita serahkan kepada mereka dengan bayaran nominal bagi mereka meneruskan jika ia keluar dari badan induk (KKDW),” katanya dalam sidang media selepas majlis itu.

Ahmad Zahid berkata, tindakan menukar dan menutup anak syarikat tidak menjana keuntungan adalah acuan baharu dan ia telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Perdana Menteri juga telah mengarahkan anak syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan melaksanakan pendekatan sama seperti dibuat di KKDW. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia komited capai matlamat SDG PBB, Perjanjian Paris 2015
Next: Kilang proses ubat batuk tiruan diserbu, wanita ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.