Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Anak Sarawak, Kabilan Jelevan tumbangkan petarung Indonesia di BYON 5
  • SUKAN

Anak Sarawak, Kabilan Jelevan tumbangkan petarung Indonesia di BYON 5

Utusan Sarawak 11 hours ago
SESI bersemuka atau ‘Face off’ antara Kabilan Jelevan (kiri) dan Brian Lawitan (kanan).

KUCHING: Anak jati Sarawak, Kabilan Jelevan sekali lagi mencipta sensasi dalam dunia sukan tempur apabila menundukkan petarung Indonesia, Brian Lawitan, dalam acara BYON Combat Showbiz Vol. 5 (BYON 5) yang berlangsung di Tennis Indoor Senayan, Jakarta, semalam.

Mewakili Malaysia, Kabilan yang menjalani latihan di Rentap Muaythai Gym tampil penuh yakin dalam kategori Kickstriking yang mempamerkan kekuatan dan ketangkasan yang luar biasa sepanjang pertarungan. 

KABILAN Jelevan menang melawan Brian Lawitan di BYON 5.

Beliau menewaskan Brian menerusi keputusan juri sebulat suara dalam satu aksi yang mendebarkan di hadapan penyokong tempatan dan antarabangsa.

Kemenangan ini menambah rekod cemerlangnya selepas menewaskan petarung Indonesia dalam hanya 21 saat menerusi tumbangan teknikal (TKO) di Fury Championship yang mencetuskan gelombang sokongan di media sosial.

Dalam temubual pasca perlawanan, Kabilan mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokongnya.

“Malaysia dan Indonesia terima kasih kerana menyokong saya. Saya percaya pada masa akan datang, saya akan tampil dengan lebih baik,” katanya sambil berjanji untuk terus memperbaiki prestasi demi mengharumkan nama negara.

AKSI pertarungan antara Kabilan Jelevan menentang Brian Lawitan di BYON 5.

Sementara itu, Brian kekal tenang dan menghormati kehebatan lawannya, Kabilan.

“Saya akui ia satu perlawanan yang hebat. Dia menunjukkan kekuatan yang luar biasa dan jelas berada pada tahap terbaiknya. 

“Saya hormat kepada Kabilan dan tanpa ragu, Malaysia memang hebat,” ujar petarung dari Indonesia itu dengan penuh sportif.

BYON 5 yang kini memasuki edisi kelima, merupakan salah satu kejohanan tempur profesional paling dinanti di rantau ini dan aksi pertarungan disiarkan secara langsung di platform Vidio dan beberapa saluran YouTube.

Acara itu menghimpunkan atlet seni bela diri dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand dan tuan rumah Indonesia, sekali gus menjadi platform penting dalam membina nama di pentas Asia.

Kemenangan ini menandakan langkah besar buat Kabilan di peringkat antarabangsa, serta membuktikan kemampuan atlet tempatan bersaing di gelanggang dunia.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Chelsea tewaskan Benfica, mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA
Next: Lebih 20 pasukan sertai Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.