Chelsea tewaskan Benfica, mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA

Facebook
WhatsApp
PENYERANG Perancis Chelsea Christopher Nkunku meraikan bersama rakan sepasukan, pemain tengah Portugal Pedro Neto selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab FIFA 2025 antara Benfica dari Portugal dan Chelsea dari England yang berlangsung di Stadium Bank of America, Charlotte, semalam. Foto AFP

CHARLOTTE, AS: Chelsea menjaringkan tiga gol dalam masa tambahan untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA selepas menewaskan Benfica 4-1 dalam perlawanan yang terganggu akibat cuaca buruk semalam, lapor Xinhua.

Kapten Chelsea, Reece James membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-64 sebelum perlawanan dihentikan hampir dua jam akibat kilat di kawasan Charlotte.

Angel Di Maria menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sembilan minit selepas permainan disambung semula dalam aksi pusingan 16 terakhir di Stadium Bank of America.

Namun, Benfica terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada awal masa tambahan apabila Gianluca Prestianni dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.

Chelsea kemudiannya memanfaatkan kelebihan itu apabila Christopher Nkunku, Pedro Neto dan Kiernan Dewsbury-Hall masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh sembilan minit, sekali gus menetapkan pertemuan kelab Liga Perdana Inggeris itu dengan kelab Brazil, Palmeiras pada Jumaat depan.

-Bernama-Xinhua