Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak Sarawak jangan lalai dengan lambakan bantuan yang dihulurkan kerajaan Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Anak Sarawak jangan lalai dengan lambakan bantuan yang dihulurkan kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
PAULUS Palu Gumbang ketika ditemui media selepas perasmian Project of Dream Realized Roadshow (PRO-DR) 2026 di Lawas, hari ini.

LAWAS: Anak Sarawak dinasihatkan agar tidak lalai dengan segala bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Sarawak kepada mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, berkata anak-anak Sarawak perlu merebut peluang serta bantuan yang disalurkan untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan tinggi dan kemahiran industri baharu.

“Saya nasihatkan anak-anak kita di Sarawak ini, memandangkan bantuan terlalu banyak, saya bimbang mereka menjadi lalai. Saya berharap mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana perbelanjaan yang besar ini ditanggung oleh kerajaan negeri.

“Selain itu, mereka yang layak turut menerima pendidikan percuma. Begitu juga pelajar universiti yang menerima wang saku, tambang perjalanan pergi balik dua kali setahun serta bantuan sewa rumah bagi yang memerlukan di bawah kategori B40. Semua ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Saya berharap mereka dapat menghargai segala bantuan ini supaya tidak disia-siakan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Project of Dream Realized Roadshow (PRO-DR) 2026 di Lawas, hari ini.

Beliau mahu setiap bantuan dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan Sarawak dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak Sarawak, tidak kira di mana mereka berada atau latar belakang mereka.

Perkara ini penting bagi memastikan momentum agenda pembangunan Sarawak terus berada pada landasan yang kukuh dan stabil ke arah negeri berpendapatan tinggi.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasukan Bahan Berbahaya legakan kebimbangan, tiada gas berbahaya dikesan di tapak SK Beladin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.