Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak panda berusia enam bulan eratkan hubungan persahabatan China-Indonesia
  • GLOBAL

Anak panda berusia enam bulan eratkan hubungan persahabatan China-Indonesia

Utusan Sarawak 3 hours ago
RIO, anak panda gergasi pertama yang dilahirkan di Indonesia, berinteraksi dengan ibunya, Hu Chun, di Taman Safari Indonesia di Bogor, Indonesia, pada 9 Jun 2026.

JAKARTA: Tepukan gemuruh bergema daripada orang ramai apabila Satrio “Rio”, seekor anak panda gergasi jantan berusia enam bulan yang dilahirkan di Indonesia, berjalan perlahan-lahan ke hadapan, memanjat tangga kayu, dan berguling manja di hadapan pengunjung yang teruja.

Suasana yang mencuit hati itu berlaku pada Selasa di Istana Panda yang terletak di Taman Safari Indonesia, Wilayah Jawa Barat, lapor Xinhua.

Rio yang kini mula tumbuh gigi pertama, dilihat semakin aktif meneroka persekitarannya. Gelagatnya yang bersahaja menyebabkan lensa kamera pengunjung tidak henti-henti merakam setiap gerak-geri anak panda yang dilahirkan pada 27 November 2025 itu.

Kelahiran Rio merupakan pencapaian tertinggi dalam perjalanan pemuliharaan jangka panjang yang bermula sejak 2017, iaitu tahun ketibaan ibu bapanya, Hu Chun dan Cai Tao, di Indonesia.

Dihargai sebagai khazanah negara di China, “duta berbulu” ini digemari di seluruh dunia sebagai utusan persahabatan dan simbol keamanan. Sejak ketibaan pasangan panda berkenaan, satu kisah kejayaan pemuliharaan rentas sempadan telah berkembang.

Nama “Satrio Wiratama” yang membawa maksud pahlawan yang berani dan mulia, telah dianugerahkan sendiri oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto. Nama berkenaan melambangkan kepentingan kritikal dalam melindungi spesies terancam selain mewakili harapan baharu bagi usaha pemuliharaan global.

Pengarah Urusan Taman Safari Indonesia, Aswin Sumampau berkata kelahiran Rio bukan sahaja satu kejayaan bagi pemuliharaan hidupan liar, malah menjadi bukti kukuh kepada hubungan persahabatan yang semakin erat antara kedua-dua negara.

“Saya berpandangan bahawa kelahiran bayi Rio ini merupakan satu mercu tanda yang menunjukkan bahawa persahabatan antara Indonesia dan China mampu melonjak ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan,” kata Sumampau.

Beliau berkata pencapaian itu membuka jalan kepada penyelidikan yang lebih mendalam dan kerjasama pemuliharaan yang lebih luas, yang tidak hanya terhad kepada panda gergasi tetapi juga meliputi spesies terancam yang lain.

Di sebalik kemunculan sulung Rio yang comel di hadapan umum, tersimpan usaha kolaborasi saintifik yang rapi dan jitu selama bertahun-tahun. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Bola sepak ‘penyembuhan’ bagi kanak-kanak dalam zon krisis, 200 juta perlu bantuan segera
Next: New York namakan semula jalan sempena Thierry Henry, Pelé menjelang Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.