
JEDDAH: Anak bulan yang menandakan permulaan bulan Muharam dijangka dapat dilihat di seluruh langit Arab Saudi dan dunia Arab petang ini sejurus selepas matahari terbenam, pada kedudukan rendah di ufuk barat, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pengarah Persatuan Astronomi Jeddah Majed Abu Zahra berkata, anak bulan itu dijangka mudah dilihat petang ini berikutan peningkatan jarak sudutnya daripada silauan cahaya matahari, sekali gus menjadikannya lebih jelas kelihatan di atas ufuk barat selepas matahari terbenam.
Beliau berkata, pencerap juga mungkin dapat melihat cahaya samar pada bahagian gelap cakera bulan, satu fenomena yang dikenali sebagai cahaya bumi yang berlaku apabila cahaya matahari dipantulkan dari permukaan Bumi ke Bulan, lalu menerangi secara lembut bahagian bulan yang tidak menerima cahaya matahari. – Bernama