Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak bilionair India tawar perlindungan kepada badak air Escobar
  • GLOBAL

Anak bilionair India tawar perlindungan kepada badak air Escobar

Utusan Sarawak 6 hours ago

ANAK kepada Mukesh Ambani, Anant Ambani, tampil dengan cadangan luar biasa untuk menyelamatkan badak air warisan Pablo Escobar antara misi kemanusiaan atau cabaran konservasi paling rumit di dunia.

NEW DELHI: Sekumpulan badak air yang dikaitkan dengan raja dadah Pablo Escobar, yang dijadualkan untuk ditakai di Colombia, ditawarkan penempatan baharu di India melalui cadangan oleh Anant Ambani, anak kepada bilionair Mukesh Ambani, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ambani merayu kepada Kerajaan Colombia supaya mempertimbangkan semula keputusannya untuk melakukan eutanasia terhadap 80 badak air dan menawarkan “pemindahan yang lengkap dari segi sumber, selamat serta berasaskan sains” ke Vantara, sebuah pusat pemuliharaan hidupan liar yang luas diasaskannya di Jamnagar, negeri Gujarat, India.

Escobar, yang meninggal dunia pada 1993, sebelum ini mengimport haiwan liar eksotik secara haram untuk zoo peribadinya, termasuk empat ekor badak air.

Selepas kematiannya, kumpulan haiwan itu berkeliaran bebas di lembangan Sungai Magdalena dan membiak menjadi populasi invasif yang kini dianggarkan melebihi 200 ekor. Usaha seperti pengasian gagal mengawal pertambahan haiwan itu.

Kementerian Alam Sekitar Colombia menyatakan pelupusan perlu dilakukan bagi melindungi ekosistem negara itu. Ambani pula berkata kesemua haiwan itu “tidak memilih tempat kelahiran mereka dan tidak mencipta keadaan yang mereka hadapi kini”, sambil menggesa penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan.

Pakar pemuliharaan hidupan liar bagaimanapun memberi amaran yang pemindahan badak air itu mungkin tidak praktikal disebabkan kos tinggi dan halangan perundangan.

Kemudahan  Vantara seluas 1,416.4 hektar itu mendakwa sebagai antara pusat penyelamatan dan pemuliharaan hidupan liar terbesar di dunia, menempatkan lebih 2,000 spesies. Ia turut mempunyai hospital gajah dan pusat pembiakan bagi spesies terancam.

Fasiliti itu tidak dibuka kepada orang awam, namun pernah menerima kunjungan tokoh terkenal seperti Lionel Messi, Ivanka Trump dan Rihanna semasa majlis perkahwinan Ambani.

Terletak berhampiran kilang penapisan milik Ambani di Jamnagar, pusat perlindungan itu turut mendapat perhatian susulan pemerolehan pantas haiwan eksotik serta dakwaan pelanggaran undang-undang perdagangan hidupan liar.

Mahkamah Agung India menubuhkan panel bagi menyiasat dakwaan itu dan membersihkan nama Vantara pada November 2025.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: OpenAI disaman: ChatGPT didakwa terlibat dalam perancangan serangan di sekolah Kanada
Next: 15 maut kemalangan jalan raya di India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.