Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amukan gajah liar, peniaga buah rugi RM1,000
  • NASIONAL

Amukan gajah liar, peniaga buah rugi RM1,000

Utusan Sarawak 5 years ago
SEEKOR gajah liar secara tiba-tiba meluru menyerang sebuah kedai buah-buahan mansa berusia 52 taun di Batu Mawai, Kota Tinggi, malam Jumaat lepas. • Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian kira-kira RM1,000 selepas kedai buah-buahannya diserang dua ekor gajah liar di Batu Mawai, Kota Tinggi, malam Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.00 malam ketika mangsa berusia 52 tahun itu sedang berniaga buah-buahan sebelum dua ekor gajah liar secara tiba-tiba meluru ke arah kedainya.

“Kejadian amukan oleh seekor gajah betina dan anaknya itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, kawasan tersebut merupakan laluan gajah liar dan sebelum ini pernah dilaporkan kejadian seorang maut akibat diserang mamalia itu.

Jumaat lepas tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan seekor gajah berkeliaran di jalan raya di Kota Tinggi, pada waktu puncak.

Kejadian tersebut menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan demi keselamatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis Selangor tumpas kumpulan ‘The Mask Man’
Next: PRN Sabah: Rundingan selesai dua minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.