Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim akan diumum pengendali baharu Man United
  • SUKAN

Amorim akan diumum pengendali baharu Man United

Utusan Sarawak 7 months ago

Ruben Amorim semakin hampir menjadi pengendali Man United. Foto AFP

LONDON: Ruben Amorim dijangka akan disahkan sebagai pengurus baharu Manchester United selepas kelab itu mencapai persetujuan dengan Sporting Lisbon, menurut laporan.

The Athletic melaporkan bahawa pengurus berusia 39 tahun itu akan kekal bersama pendahulu liga Portugal untuk tiga perlawanan seterusnya, termasuk perlawanan Liga Juara-Juara minggu depan menentang Manchester City.

Beliau dijangka mengambil alih tugas di Old Trafford semasa rehat antarabangsa November ini, dengan perlawanan pertamanya bersama United dijadualkan menentang Ipswich di tempat lawan pada 24 November.

Sky Sports melaporkan bahawa difahamkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membayar Sporting tambahan 1 juta euro (RM4.7 juta) selain daripada klausa pelepasan bernilai 10 juta euro (RM47.5 juta) untuk melepaskannya lebih awal.

United menamatkan khidmat Erik ten Hag sebagai pengurus selepas kekalahan 1-2 kepada West Ham, Isnin lalu yang menyebabkan mereka berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana.

Kemudian, Amorim pantas muncul sebagai pilihan utama United.

Pengurus sementara United, Ruud van Nistelrooy, mengetuai kemenangan 5-2 ke atas Leicester pada pusingan keempat Piala Liga, awal pagi tadi.

“Saya datang ke sini sebagai pembantu untuk membantu kelab. Saya membantu selagi diperlukan dan pada masa depan, dalam apa jua kapasiti, saya di sini untuk membantu kelab,” kata Van Nistelrooy. – AFP

Continue Reading

Previous: Rodri bolot anugerah Ballon d’Or
Next: Semua perlawanan La Liga di Valencia ditangguhkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.