Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ammonia: Sarawak muktamadkan MoU dengan Jepun Mei ini
  • BISNES

Ammonia: Sarawak muktamadkan MoU dengan Jepun Mei ini

Utusan Sarawak 4 months ago

Abang Johari pada sesi Townhall Lapan Tahun Bersama YAB Premier di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, malam ini. Foto MOHD NEENATUL AIZAL

KUCHING: Sarawak bakal menjadi pemacu utama dalam usaha Malaysia dan Jepun membangunkan tenaga hijau menerusi pengeluaran ammonia menggunakan hidrogen sebagai bahan mentah. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif strategik ini dijangka dimuktamadkan melalui memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara pada Mei ini.  

Katanya, Sarawak akan memainkan peranan penting dalam kerjasama tersebut, sejajar dengan aspirasi negeri untuk menjadi hab tenaga hijau di rantau ini.  

“Perdana Menteri Jepun telah meminta Sarawak untuk bekerjasama mengeluarkan ammonia menggunakan ‘feedstock'(bahan mentah) hidrogen.

“Kita (Sarawak), akan memainkan peranan penting bagi pihak Malaysia” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall Lapan Tahun Bersama YAB Premier di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, malam ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, memaklumkan bahawa inisiatif tersebut akan melibatkan kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petronas.  

Oleh SHAHRUL QAIZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL 

Continue Reading

Previous: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Next: SARA menerusi MyKad diperluaskan ke Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.