Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AmInvest isytihar agihan pendapatan RM133.2 juta untuk 47 dana
  • BISNES

AmInvest isytihar agihan pendapatan RM133.2 juta untuk 47 dana

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: AmInvest telah mengisytiharkan pengagihan pendapatan kira-kira RM133.2 juta untuk 47 unit amanah dan dana borong dari Oktober hingga Disember 2024.

Pengagihan itu meliputi dana konvensional dan patuh Shariah merentas pelbagai kelas aset.

Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Bhd, Goh Wee Peng, berkata pembayaran itu mencerminkan strategi pelaburan syarikat yang kukuh dalam menguruskan pelbagai portfolio.

“Kami kekal komited untuk memberikan nilai kepada pelabur kami. Kami akan terus memberi tumpuan kepada kelas aset dengan asas yang kukuh dan potensi pertumbuhan untuk mencapai pulangan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengagihan pendapatan setahun untuk 47 dana itu adalah antara 1.1 peratus hingga 15.7 peratus dengan dana AmIslamic Fixed Income Conservative mencatatkan pulangan tertinggi, diikuti oleh dana Advantage Global Equity Volatility Focused (14.7 peratus) dan dana Advantage Global High Income Bond (11.1 peratus), kata AmInvest.

AmInvest adalah nama jenama untuk perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Bhd dan AmIslamic Funds Management Sdn Bhd. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga saham Dayang Enterprise meningkat selepas peroleh kontrak Petronas Carigali
Next: British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 April – MAHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.