Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ambil langkah waspada, bina lokasi kediaman terutama di kawasan berisiko
  • Tengah
  • WILAYAH

Ambil langkah waspada, bina lokasi kediaman terutama di kawasan berisiko

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TERIMA KASIH….Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom menyerahkan bantuan kepada penerima. Foto UKAS

PAKAN: Penduduk luar bandar diingatkan agar tidak mengambil mudah aspek keselamatan lokasi kediaman, terutama membina rumah persendirian atau rumah panjang di kawasan berisiko seperti cerun bukit, tanah rendah dan tebing sungai.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom berkata, langkah berwaspada ini bukan sahaja dapat mengelakkan kehilangan harta benda, malah mampu menyelamatkan nyawa jika berlaku bencana.

“Sesuatu bencana memang tidak dijangka atau diramalkan, tetapi dengan mengelakkan kawasan-kawasan berisiko, kehidupan harian akan lebih mudah dan selamat,” katanya. 

Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan berkata demikian ketika berucap dalam majlis penghargaan misi menghantar bantuan makanan bagi DUN Pakan dan Meluan di Bilik Serbaguna, Pejabat Daerah Pakan, baru-baru ini. 

Katanya, perubahan iklim dunia kini menjadikan kejadian bencana semakin kerap dan sukar diramal, justeru perancangan pembangunan yang teliti sangat penting demi kesejahteraan komuniti luar bandar.

Mawan turut menegaskan bahawa Jawatankuasa Bencana Bahagian Sarikei sentiasa bersiap sedia dengan sokongan pelbagai agensi bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku kecemasan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kekurangan kemudahan asas di kawasan pedalaman menjadi antara cabaran utama dalam menjayakan misi bantuan dan menyelamat.

“Ramai tidak memahami situasi sebenar serta risiko yang perlu dihadapi oleh pasukan penyelamat dan sukarelawan, menyebabkan timbul pelbagai tuduhan mengenai kelewatan. 

“Hakikatnya, usaha ini sangat mencabar,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa bencana sebelum ini, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan sukarelawan dan orang ramai.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM450,000 diluluskan, bina kawasan letak kereta, tapak penganjuran program komuniti
Next: Dedah murid, guru langkah cegah kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.