Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran suhu ekstrem berita palsu – APM
  • SEMASA

Amaran suhu ekstrem berita palsu – APM

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan ada mengeluarkan amaran mengenai ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara seperti tular menerusi aplikasi WhatsApp.

KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan ada mengeluarkan amaran mengenai ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara seperti tular menerusi aplikasi WhatsApp.

APM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa amaran itu yang menyatakan suhu akan meningkat antara 45 hingga 55 darjah Celsius adalah tidak benar.

“APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, APM menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Orang ramai juga diminta merujuk sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai keadaan dan amaran cuaca. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: STB, Brunei perkukuh promosi pelancongan di ATM 2025
Next: Sarawak terajui rangkaian tenaga ASEAN, terus perkasa agenda hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.