Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri termasuk Sarawak

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 11.00 malam ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).

Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut).

Kawasan terjejas di Sarawak pula membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Samarahan manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

-Bernama

Siapa Calon Bebas?

1. Peter John Jaban, 62 tahun* DUN: N.11 Batu Lintang.* Latar belakang: Aktivis veteran Sarawak.* Sejarah parti: Tiada* Sebelum bertanding,

PRN: 53 kerusi jadi rebutan

KUCHING, 28 Nov: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 menyaksikan 53 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dipertandingkan