Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran rebut petir di negeri utara, Sarawak
  • SEMASA

Amaran rebut petir di negeri utara, Sarawak

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1.00 tengah hari ini.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 9.00 pagi, ribut petir dijangka berlaku di seluruh daerah Pulau Pinang, serta di Kedah yang meliputi Langkawi, Kuala Muda, Kulim, dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan yang terlibat termasuk Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk, manakala di Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu dan Miri.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ini berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih dari satu jam. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu lebih RM100 bilion untuk pelbagai pembangunan dalam RMK13 – Abang Johari
Next: Bekas menteri, Peter Chin dilantik Pro-Canselor UPM 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.