
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di hampir seluruh negara hingga 7.00 malam ini.
METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan amaran itu berikutan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran itu merangkumi Kuala Lumpur dan Putrajaya selain Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.
Cuaca buruk turut diramalkan di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman); serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) manakala Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Di Sarawak meliputi Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Kota Marudu). – Bernama