Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran hujan berterusan tahap waspada di 3 negeri
  • NASIONAL

Amaran hujan berterusan tahap waspada di 3 negeri

Utusan Sarawak 5 months ago


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan tiga negeri iaitu Johor hingga Jumaat manakala Sarawak dan Sabah hingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Johor adalah daerah Mersing dan Kota Tinggi hingga 20 Disember.

Di Sarawak, hujan berterusan hingga 22 Disember ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko akibat hujan lebat.- BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bayaran haji untuk kumpulan B40 ditetapkan pada RM15,000 seorang
Next: Pencarian MH370 akan diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.