Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran hujan berterusan mulai 27 – 30 Januari ini di beberapa daerah di Sarawak
  • SEMASA

Amaran hujan berterusan mulai 27 – 30 Januari ini di beberapa daerah di Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pada 11.45 pagi tadi, meramalkan kemungkinan banjir akan berlaku di beberapa daerah di negeri Sarawak mulai 27 hingga 30 Januari ini.

Amaran ini melibatkan kawasan-kawasan di lembangan sungai yang dijangka terjejas akibat hujan lebat berterusan.

Antara kawasan dijangka berisiko termasuk Daerah Kuching, merangkumi lembangan sungai di Kuching, Bau, dan Lundu; Daerah Serian dan Siburan; Samarahan meliputi Asajaya dan Simunjan serta Daerah Sri Aman, membabitkan kawasan Lubuk Antu, dan Sri Aman.

Selain itu, beberapa daerah lain yang terlibat adalah Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, dan Miri.

Semua kawasan ini melibatkan lembangan sungai yang dijangka mengalami paras air yang tinggi berikutan hujan lebat yang berterusan.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, pihak berkuasa akan membuat pemantauan berterusan terhadap keadaan cuaca dan paras air di lembangan sungai tersebut, serta mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku. Jabatan juga memberi amaran bahawa banjir mungkin berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan.

Semua agensi pengurusan bencana di Sarawak serta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko diminta untuk berwaspada dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.

Penduduk di kawasan terlibat disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Next: PUSAKA terima kunjungan hormat fakulti UPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.