Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Alvarez beri isyarat sedia cari cabaran baharu selepas Piala Dunia
  • SUKAN

Alvarez beri isyarat sedia cari cabaran baharu selepas Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENYERANG Argentina, Julián Álvarez, menyertai sesi latihan rasmi sehari sebelum perlawanan (MD-1) di Pusat Latihan Sporting KC di Kansas City menjelang perlawanan bola sepak Kumpulan H Piala Dunia 2026 antara Argentina dan Algeria. Foto: AFP

NEW YORK: Penyerang Atletico Madrid Julian Alvarez semalam, memberi bayangan beliau tidak lagi akan bersama kelab itu selepas dua musim bersama pasukan berkenaan, lapor Xinhua.

Bercakap kepada media televisyen selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika Argentina menewaskan Austria 2-0, Alvarez menyatakan dengan jelas hasratnya untuk meninggalkan kelab kendalian Diego Simeone.

“Saya tidak boleh menyembunyikan perkara ini, dan saya juga tidak boleh menafikan hakikat bahawa saya mahu berterus terang mengenainya. Saya cuba bersikap jujur,” kata Alvarez.

“Saya sudah bercakap dengan pihak Atletico dan saya fikir perkara terbaik untuk semua pihak yang terbabit ialah saya meninggalkan kelab ini. Saya mahu memenuhi impian saya,” tambah penyerang itu.

Real Madrid baru-baru ini membuat bidaan bernilai €150 juta untuk mendapatkan Alvarez, namun ditolak secara terbuka oleh Atletico, tetapi penyerang itu dipercayai mahu berpindah ke FC Barcelona.

Atletico marah dengan taktik yang digunakan Barcelona untuk cuba mempengaruhi Alvarez dan beberapa kali menegaskan bahawa penyerang itu masih mempunyai kontrak sehingga 2030 serta klausa pelepasan bernilai €500 juta.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan 49 gol dalam 106 penampilan bersama Atletico. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Messi, Mbappe, Haaland berebut Kasut Emas di Piala Dunia 2026
Next: Diaspora juara kepelbagaian di pentas Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.