Algeria bangkit tewaskan Jordan 2-1

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
AMINEGouiri #9 dari Algeria meraikan jaringan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Kumpulan J Piala Dunia FIFA 2026 antara Jordan dan Algeria di Stadium Kawasan Teluk San Francisco, di Santa Clara, California. Foto oleh Stu Forster / Getty Images / AFP.

SANTA CLARA, Amerika Syarikat: Algeria bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jordan 2-1 dalam aksi Kumpulan J Piala Dunia 2026, sebentar tadi, sekali gus menyingkirkan pasukan yang membuat penampilan sulung itu daripada kejohanan.

Jordan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nizar Al-Rashdan sebelum Amine Gouiri menyamakan kedudukan buat Algeria.

Nadhir Benbouali kemudian muncul wira Algeria apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 di Santa Clara.

AMINE Gouiri #9 dari Algeria menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan Kumpulan J Piala Dunia FIFA 2026 antara Jordan dan Algeria di Stadium Kawasan Teluk San Francisco, di Santa Clara, California. Foto oleh Stu Forster / Getty Images / AFP.

Kemenangan itu menghidupkan peluang Algeria untuk mara ke pusingan kalah mati sekiranya mereka berjaya menewaskan Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan di Kansas City pada Sabtu ini.

Austria sebelum itu tewas 0-2 kepada Argentina, sekali gus menyaksikan pasukan Amerika Selatan itu mendahului Kumpulan J dengan enam mata.

VLADIMIR Petković, ketua jurulatih Algeria, meraikan kemenangan 2-1 bersama para pemainnya selepas perlawanan Kumpulan J Piala Dunia FIFA 2026 antara Jordan dan Algeria di Stadium Kawasan Teluk San Francisco, di Santa Clara, California, pada 22 Jun 2026. Foto oleh Stu Forster / Getty Images / AFP.

Austria dan Algeria kini masing-masing mengumpul tiga mata.

Jordan pula akan menamatkan kempen Piala Dunia mereka dengan menentang Argentina di Arlington, Texas pada Sabtu ini. – AFP