Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Alexander-Arnold banyak jasa kepada Liverpool
  • SUKAN

Alexander-Arnold banyak jasa kepada Liverpool

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAYA Alexander-Arnold meraikan gol kemenangan ketika menentang Leicester.

LONDON: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata, Trent Alexander-Arnold akan dikenang kerana ‘banyak perkara baik’ walaupun dia memutuskan untuk meninggalkan Anfield pada akhir musim ini.

Bek kanan itu akan tamat kontraknya pada penghujung Jun dan hangat dikaitkan dengan perpindahan percuma ke Real Madrid.

Van Dijk dan penyerang Mohamed Salah sebelum ini menamatkan spekulasi berkenaan masa depan mereka apabila kedua-duanya menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dalam tempoh dua minggu lalu.

Alexander-Arnold kembali daripada kecederaan dan membantu Reds hampir meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad lalu, apabila menjaringkan satu-satunya gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Leicester yang menyebabkan pasukan itu tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Van Dijk berkata, beliau tidak pasti sama ada rakan sepasukannya itu akan kekal di Liverpool.

“Apa jua yang akan berlaku pada masa depan, itu sesuatu yang dia perlu selesaikan sendiri dengan keluarganya,” katanya.

“Tapi buat masa ini, dia masih pemain Liverpool dan dia sangat penting untuk pasukan kami. Sejak saya menyertai kelab ini, dia menjadi pemain luar biasa dan ada banyak perkara baik yang akan sentiasa dikenang jika dia memilih untuk pergi.

“Tapi, buat masa ini, kami sebagai satu pasukan pun belum tahu apa yang akan terjadi.”

Alexander-Arnold, 26, meraikan jaringannya dengan penuh emosi – menanggalkan jersinya dan berlari ke arah penyokong Liverpool yang bersorak gembira di Stadium King Power.

“Ia satu detik besar,” kata Van Dijk. “Ada banyak ‘bunyi’ di sekelilingnya. Dan semua orang boleh berdebat sama ada itu salahnya sendiri atau memang begitulah kehidupan sekarang.

“Sama ada dia kekal atau pergi, kita tidak boleh mengambil ringan hakikat bahawa dialah yang memberi pasukan ini peluang untuk menamatkan musim dengan bergaya.”

Gol Alexander-Arnold itu bermakna Liverpool akan menyamai rekod kejuaraan EPL ke-20 sekiranya Arsenal tewas kepada Crystal Palace pada pertengahan minggu ini.

Jika Arsenal seri atau menang, Liverpool masih boleh menyempurnakan kejuaraan apabila mereka menentang Tottenham di Anfield pada Ahad depan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eain Yow cipta sejarah, kini dalam kelompok 10 terbaik dunia  
Next: Peminat Liverpool sedia perarakan terbesar dalam sejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.