Eain Yow cipta sejarah, kini dalam kelompok 10 terbaik dunia  

Facebook
WhatsApp
PEMAIN skuasy negara, Ng Eain Yow. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam kariernya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Berdasarkan kedudukan terbaharu di laman web rasmi psasquashtour.com, pemain berusia 27 tahun itu naik satu anak tangga ke ranking ke-10 dunia dengan mengumpul 559 mata.

“Berita gembira! Yow kini dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama! Ayuh!!!” kata Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Sharon Wee menerusi mesej ringkas WhatsApp.

Eain Yow menjadi pemain ketiga negara berada dalam kelompok 10 terbaik dunia selepas Ong Beng Hee yang pernah menduduki ranking ketujuh dunia pada 2001 dan Azlan Iskandar yang mencapai kedudukan ke-10 pada 2011.

Ranking dunia kini diterajui pemain Mesir Mostafa Asal dan Ali Farag dan Diego Elias dari Peru. -Bernama

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas

Ronaldinho kembali buru gol ke-300

RAVENNA, Itali: Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, yang bersara daripada arena bola sepak pada 2015, mengumumkan kemunculan semula selepas