Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aktiviti seismik meningkat di Gunung Awu, Timur Indonesia
  • GLOBAL

Aktiviti seismik meningkat di Gunung Awu, Timur Indonesia

Utusan Sarawak 4 hours ago
GUNUNG Awu di Kabupaten Kepulauan Sangihe.

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melaporkan peningkatan aktiviti seismik di Gunung Awu, di Sulawesi Utara, timur Indonesia dan pegawai memberi amaran mengenai potensi letusan magmatik dan freatik serta kemungkinan runtuhan kubah lava jika tekanan dalam sistem gunung berapi meningkat dengan mendadak.

Pemangku Ketua Agensi Geologi Lana Saria berkata pemantauan pada Ahad mengesan peningkatan ketara dalam gempa bumi gunung berapi cetek di gunung berapi itu dengan 74 gegaran direkodkan dalam sehari.

“Pemantauan lanjut pada Isnin antara 12.00 pagi hingga 12.00 tengah hari waktu tempatan merekodkan 15 gempa bumi gunung berapi cetek, dua gempa bumi gunung berapi dalam dan 23 gempa bumi tektonik jauh.

“Keluaran asap kawah putih nipis hingga sederhana juga diperhatikan meningkat antara 20 dan 200 meter di atas kubah lava,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Lana berkata peningkatan aktiviti seismik mungkin dipengaruhi bukan sahaja oleh aktiviti gunung berapi tinggi Gunung Awu tetapi juga oleh peningkatan aktiviti gempa bumi tektonik di Sulawesi Utara dan Maluku Utara sejak April.

Walaupun aktiviti meningkat, beliau berkata status amaran Gunung Awu kekal pada Tahap II, atau “Waspada” (Amaran), berdasarkan sistem amaran gunung berapi empat peringkat Indonesia.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memasuki atau menjalankan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah.

Gunung Awu terletak di Pulau Sangir Besar di Kabupaten Kepulauan Sangihe, di antara Sulawesi dan selatan Filipina di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, iaitu antara kawasan paling aktif secara seismik di dunia.

Lana berkata aktiviti seismik Gunung Awu menunjukkan trend meningkat sejak April 2024, terutamanya dalam gempa bumi gunung berapi cetek dan gempa bumi gunung berapi turut direkodkan pada 24 dan 25 Ogos tahun lepas, apabila 364 gempa bumi gunung berapi cetek dikesan.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: WHO kesan lebih 80 individu dalam penerbangan dinaiki mangsa hantavirus
Next: Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa barat Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.