Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aktif bantu usahawan ke arah ekonomi digital
  • TEMPATAN

Aktif bantu usahawan ke arah ekonomi digital

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Dato Ir Ts Sudarnoto Osman merakam gambar kenangan bersama pengamal media pada majlis Malam Apresiasi Media di sebuah hotel terkemuka Kuching, malam ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC) semakin aktif dalam membantu golongan usahawan ke arah ekonomi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Dato Ir Ts Sudarnoto Osman berkata antara inisiatif yang dilancarkan oleh mereka dalam usaha mendigitalisasikan usahawan di Sarawak termasuk pengenalan kepada ‘Go Digital’.

“Kami dalam masa ini bekerjasama dengan lebih banyak kumpulan penyelidikan untuk berusaha membawa idea ke arah pengkomersialan dan penyelesaian dunia sebenar kepada usahawan itu sendiri.

“Hal ini kerana, kami komited untuk mendigitalkan usahawan melalui pelbagai program kami termasuklah ‘Go Digital’, yang mana kami menyediakan kelengkapan yang berkualiti kepada mereka,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi Media yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

LUANGKAN MASA… Dato Ir Ts Sudarnoto Osman meluangkan masa bersama para pengamal media yang hadir pada majlis Malam Apresiasi Media di sebuah hotel terkemuka Kuching, malam ini. Foto HERRIEY NAHA

Selain itu jelasnya, SDEC pada tahun lalu turut melancarkan Hab Inovasi di Mukah dan ‘Makeramai Makerspace’ di Plaza Merdeka yang berperanan sebagai sebuah hab yang menjadi pusat pertemuan bagi pelajar, penyelidik dan usahawan untuk meneroka teknologi, berkolaborasi merentasi pelbagai disiplin serta mengubah idea kepada penyelesaian yang bersifat praktikal.

Antara lain, beliau memberitahu salah satu kejayaan besar SDEC pada tahun lalu ialah pelancaran Teknologi Rangkaian Teras Berbilang Pengendali (MOCN) Enam Hala di menara ‘Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication’ (Smart) yang membolehkan beberapa pengendali rangkaian mudah alih berkongsi infrastruktur rangkaian teras sama, sambil mengekalkan rangkaian capaian radio (RAN) masing-masing. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan, pembangunan modal insan agenda utama DUN Demak Laut
Next: Peningkatan bantuan SARA ringankan beban rakyat luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.