Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aksi Liverpool-United diteruskan ikut jadual asal
  • SUKAN

Aksi Liverpool-United diteruskan ikut jadual asal

Utusan Sarawak 4 months ago

Kakitangan sedang melakukan kerja pembersihan di sekitar Stadium Anfield. Foto: AFP

LONDON: Perlawanan Liverpool menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok dijangka akan diteruskan walaupun berdepan cuaca buruk dan salji tebal, menurut kedua-dua kelab hari ini. 

Pejabat Met Britain kelmarin mengeluarkan amaran mengenai cuaca buruk di beberapa bahagian di England dan Wales pada hujung minggu. 

“Mesyuarat keselamatan berlangsung pagi ini bagi menilai keadaan cuaca dan perjalanan untuk perlawanan menentang Manchester United di Anfield,” menurut jurucakap Liverpool.

“Pada peringkat ini, perlawanan akan diteruskan seperti dalam jadual dan semua usaha diambil untuk memastikan perlawanan berlangsung.

“Mesyuarat selanjutnya akan diadakan pada tengah hari bagi menilai keadaan terkini.” 

Liverpool kini berada di puncak liga dengan 45 mata dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding pencabar liga yang lain. 

Mereka lima mata di depan pasukan di tangga kedua manakala United yang tewas lima daripada enam aksi terakhir liga berada di tangga ke-14 dengan 22 mata. 

Aksi derby Merseyside Liverpool menentang Everton bulan lalu ditunda akibat ribut Darragh.

Continue Reading

Previous: Cabaran Muay Thai Tanjong Manis 24,25 Januari ini
Next: Piala ASEAN 2024: Vietnam juara kali ke-3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.