Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • AKSI DITUNDA AKIBAT HUJAN
  • SUKAN

AKSI DITUNDA AKIBAT HUJAN

Utusan Sarawak 4 years ago
PARA pemain Sarawak United melakukan latihan ringan sebelum perlawanan terpaksa ditangguh akibat hujan lebat dan petir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

AKSI perlawanan bola sepak Liga Premier antara Selangor FC 2 dan Sarawak United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang semalam terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu susulan hujan lebat dan petir.

Komisioner Perlawanan, Baharim Jusoh berkata, keputusan tersebut dicapai setelah pegawai perlawanan mengadakan mesyuarat dengan wakil kedua-dua pasukan berkenaan.

“Perlawanan pada petang ini (semalam) ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan penundaan perlawanan ini disebabkan keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Sarawak United FC, Abang Suhordie Abang Zaini ketika dihubungi Utusan Sarawak berkata kedua-dua pasukan telah bersetuju dengan keputusan komisioner perlawanan bagi mengelak kejadian tidak diingini sekiranya perlawanan berkenaan diteruskan.

“Keputusan (penangguhan) ini adalah terbaik kerana kita melihat dari sudut keselamatan pemain. Walaupun hujan semakin reda, petir sentiasa berlaku, jadi kami tidak mahu ambil risiko.

“Sekiranya berlaku kejadian di atas padang, kami tidak mahu kedua-dua pihak saling tuding-menuding  antara satu sama lain, jadi kami ambil keputusan tidak mahu meneruskan perlawanan ini,” tegasnya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Tuchel rasai kekalahan pertama di EPL
Next: Di ambang separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.