Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo rancang mulakan penerbangan ke Kuala Lumpur, Singapura bulan ini
  • SEMASA

AirBorneo rancang mulakan penerbangan ke Kuala Lumpur, Singapura bulan ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
AIRBORNEO dijangka memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 20 Julai, diikuti Singapura pada 27 Julai, tertakluk kepada kelulusan operasi. Foto Adele Rissa

KUCHING: AirBorneo dijangka memulakan operasi penerbangan sulung ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat Boeing 737-800 pada 20 Julai ini, diikuti laluan ke Singapura pada 27 Julai.

Berdasarkan jadual penerbangan yang difailkan dalam pangkalan data OAG dan dilaporkan oleh platform AeroRoutes, syarikat penerbangan milik Sarawak itu merancang mengendalikan dua penerbangan harian bagi laluan Kuching–Kuala Lumpur.

Penerbangan MY5003 dijadual berlepas dari Kuching pada 7.10 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada 9.00 pagi, manakala penerbangan MY5005 dijadual berlepas pada 1.00 tengah hari dan tiba pada 2.50 petang.

Bagi laluan Kuala Lumpur–Kuching, penerbangan MY5002 akan berlepas pada 9.45 pagi sebelum tiba pada 11.35 pagi, manakala MY5004 dijadual berlepas pada 3.35 petang dan tiba di Kuching pada 5.25 petang.

Selain itu, AirBorneo turut merancang memulakan penerbangan harian Kuching–Singapura mulai 27 Julai.

Penerbangan MY363 dijadual berlepas dari Kuching pada 6.50 petang dan tiba di Lapangan Terbang Changi 8.25 malam, manakala penerbangan pulang MY364 akan berlepas pada 9.15 malam dan tiba di Kuching pada 10.50 malam.

Menurut AeroRoutes, pesawat Boeing 737-800 yang akan digunakan mempunyai konfigurasi 162 tempat duduk, terdiri daripada 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 150 tempat duduk kelas ekonomi.

Bagaimanapun, jadual penerbangan tersebut masih tertakluk kepada perubahan sebelum operasi rasmi dimulakan.

Perkembangan itu dilihat selari dengan kenyataan  Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa AirBorneo dijangka memperkenalkan struktur tambang baharu pada pertengahan Julai, dengan penumpang bakal menikmati tambang yang lebih kompetitif termasuk bagasi berdaftar dan hidangan dalam penerbangan tanpa caj tambahan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: GPS belum putuskan calon PRN Sarawak – Abdul Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.